Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno7 Z 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED dan cip Snapdragon 695 – RM 1,699

OPPO Reno7 Z 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED dan cip Snapdragon 695 - RM 1,699 9

Selepas pelancaran OPPO Reno7 Pro 5G dan OPPO Reno7 5G bulan lalu, OPPO kini telah melancarkan OPPO Reno7 Z 5G di Malaysia.

OPPO Reno7 Z 5G hadir dengan reka bentuk OPPO Glow yang juga disertakan dengan Dual-Orbit Lights pada gelung kamera yang berfungsi sebagai lampu notifikasi.

OPPO Reno7 Z 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED dan cip Snapdragon 695 - RM 1,699 10

Beralih kepada skrin, OPPO Reno7 Z 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai resolusi FHD+ namun dengan kadar segar semula 60Hz. Panel ini juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP.

Ke bahagian dalaman, OPPO Reno7 Z 5G menjadi satu-satunya telefon pintar Reno7 Series untuk hadir dengan cip daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 695 dan ianya juga dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

OPPO Reno7 Z 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED dan cip Snapdragon 695 - RM 1,699 11

Pada bahagian kamera, OPPO Reno7 Z 5G memiliki sensor utama 64MP, sensor monokrom 2MP dan sensor makro 2MP.

Selain itu, OPPO Reno7 Z 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC yang memberikan pengecasan pantas didalam masa 63 minit sahaja.

Lain-lain spesifikasi OPPO Reno7 Z 5G adalah ColorOS 12, pensijilan TÜV SÜD 36-Month Fluency Rating A, kalis rintangan air IPX4, Omoji, dan AirGesture.

OPPO Reno7 Z 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED dan cip Snapdragon 695 - RM 1,699 12

OPPO Reno7 Z 5G ditawarkan didalam dua warna iaitu Cosmic Black dan Rainbow Spectrum dengan harga jualan RM 1,699.

Pra-tempahan OPPO Reno7 Z 5G kini telah dibuka  dan setiap pembelian telefon pintar ini akan menerima Reno backpack dan stainless steel suction cup serta diskaun 50% bagi pembelian Oppo Enco Air2.

Pra-tempah OPPO Reno7 Z 5G di OPPO Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.