Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor MagicBook 16 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan AMD Ryzen 7

Honor MagicBook 16 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan AMD Ryzen 7 15
Pada majlis pelancaran Honor X Series di Malaysia, Honor juga telah memperkenalkan komputer riba Honor MagicBook 16 AMD untuk pasaran tempatan.

Honor MagicBook 16 hadir dengan reka bentuk berasaskan aluminum yang mempunyai ketebalan 18.2mm dengan berat 1.84kg dan ditawarkan didalam warna Space Grey sahaja.

Honor MagicBook 16 memiliki skrin paparan IPS Honor FullView berukuran 16.1-inci dengan resolusi FHD dan kadar segar semula 144Hz.

Honor MagicBook 16 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan AMD Ryzen 7 16

Selain itu, Honor MagicBook 16 dikuasakan dengan cipset AMD Ryzen 7 5800H, 16GB RAM dan 512GB storan SDD PCle serta grafik AMD Radeon.

Honor MagicBook 16 juga memiliki bateri berkapasiti 56Wh dan ianya juga disertakan dengan pengecasan pantas 65W.

Honor MagicBook 16 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan AMD Ryzen 7 17

Selain itu, komputer riba ini juga memiliki butang kuasa dengan sensor capjari terbina, kamera web 720p HD, Bluetooth 5.1 dan Wi-Fi IEEE 802.11a/b/g/n/ac/ax.

Bercakap mengenai port yang dimiliki komputer riba ini, ianya mempunyai 2 slot USB-A 3.2, 2 slot USB-C 3.2 Gen1, 1 slot HDMI dan 1 bicu audio 3.5mm.

Honor MagicBook 16 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan AMD Ryzen 7 18

Honor MagicBook 16 AMD akan ditawarkan pada harga RM 4,299. Pembelian secara ansuran tanpa faedah juga ditawarkan.

Honor MagicBook 16 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan AMD Ryzen 7 19

Honor MagicBook 16 kini telah dibuka untuk pra-tempahan iaitu sehingga 13 April 2022 dan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai sehingga RM 1,585 yang termasuk Honor MagicWatch 2 46mm, Microsoft Office 365 Personal, tetikus tanpa wayar, beg komputer riba danĀ  1 tahun Battery Care.

Honor MagicBook 16 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan AMD Ryzen 7 20

Jualan rasmi akan bermula dari 14 April dimana pembelian ketika tempoh ini akan menerima hadiah bernilai RM 936 iaitu Microsoft Office 365 Personal, tetikus tanpa wayar, beg komputer riba danĀ  1 tahun Battery Care.

Honor MagicBook 16 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan AMD Ryzen 7 21

Pra-tempah sekarang di:

🛒 HONOR Online Store

🛒 HONOR Official Store di Shopee

🛒 HONOR Flagship Store di Lazada

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.