Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 10 5G dan Redmi Note 11 Edisi Fan Festival dilancarkan secara rasmi


Xiaomi juga telah mengumumkan bahawa Redmi Note 11 edisi Xiaomi Fan Festival dan Redmi 10 5G akan turut memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Xiaomi Redmi 10 5G

Xiaomi Redmi 10 5G merupakan telefon pintar pertama Redmi Series untuk hadir dengan sokongan 5G.

Xiaomi Redmi 10 5G akan hadir dengan skrin paparan FHD+ DotDrop 90Hz berukuran 6.58-inci, pemproses MediaTek Dimensity 700 berkelajuan 2.2GHz.

Selain itu, Redmi 10 5G juga akan memiliki tetapan dwi-kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP dan sensor depth 2MP.

Xiaomi Redmi 10 5G juga akan mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Graphite Gray, Chrome Silver dan Aurora Green.

Xiaomi Redmi 10 5G dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam waktu terdekat namun buat masa ini masih belum ada maklumat harga diumumkan.

Xiaomi Redmi Note 11 Edisi Fan Festival 

Redmi Note 11 edisi Xiaomi Fan Festival akan ditawarkan secara eksklusif di atas talian mulai 6 April ini pada harga RM 749 bagi versi 4/128GB. Xiaomi akan mengadakan jualan kilat khas di Lazada dan Shopee pada harga RM 699 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.