Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Foldable vivo X Fold akan dilancarkan pada 11 April 2022


vivo secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar foldable pertama syarikat ini iaitu vivo X Fold yang akan berlangsung pada 11 April 2021.

vivo X Fold adalah sebuah telefon pintar foldable dengan skrin paparan utama boleh lipat yang sama seperti Oppo Find N dan Galaxy Z Fold3.

Selain itu, vivo X Fold juga mempunyai paparan kedua dibahagian luar berserta engsel lipatan ke dalam yang digunakan pada kebanyakkan telefon pintar foldable dipasaran.

Dalam pada itu, berdasarkan gambar telefon pintar ini, vivo X Fold juga akan mempunyai sistem quad-kamera dengan lensa ZEISS, butang alert slider pada bahagian sisi dan sensor capjari dalam skrin.

Selain vivo X Fold, vivo juga dijangka akan melancarkan tablet vivo Pad dan vivo X Note pada 11 April ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.