Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Frontier dengan sensor 200MP ISOCELL HP1 mungkin dilancar pada Julai 2022


Motorola Edge 30 Pro yang dilancarkan sebelum ini mungkin bukan satu-satunya telefon pintar flagship daripada Motorola bagi tahun 2022.

Motorola Edge 30 Pro dengan Snapdragon 8 Gen 1 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,699 sahaja

Kita telah beberapa kali membaca laporan bahawa Motorola akan memperkenal satu lagi telefon pintar flagship Android 2022 yang dikenali sebagai Motorola Frontier.

Motorola Frontier akan menjadi telefon pintar dipasaran untuk hadir dengan Sensor 200MP ISOCELL HP1 bersama-sama cip Snapdragon 8 Gen 1 Plus.

Gambar sebenar Motorola Frontier telah dikesan di Weibo dan ianya mendedahkan modul kamera yang menempatkan sensor 200MP ini. Sensor ini juga mempunyai OIS, aperture f/2.2 dan mampu berfungsi sebagai beberapa sensor yang berbeza. Sensor ini juga mampu merakam video 8K 30fps.

Selain itu, Motorola Frontier juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan pOLED 144Hz berukuran 6.67-inci, kamera selfie 60MP, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Motorola Frontier juga dijangka akan memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 120W dan pengecasan tanpa wayar 30W-50W.

Motorola Frontier dikatakan akan dilancarkan pada bulan Julai 2022.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.