Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Malaysia anjur pertandingan filem pendek Born of the Galaxy Stars – rakam filem menggunakan Galaxy S22 Series


Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan pelancaran Born of the Galaxy Stars yang merupakan sebuah pertandingan filem pendek yang diperakui oleh Malaysia International Film Festival (MIFFest) yang mencari 22 pereka filem berbakat untuk menghasilkan filem pendek menggunakan Galaxy S22 Series.

Pertandingan ini akan memberikan peluang kepada pereka filem melangkaui batas pembuatan filem tradisional dan mencuba kemajuan teknologi videografi yang dimiliki Samsung melalui telefon pintar Galaxy S22 Series terbaru mereka.

Samsung Galaxy S22 Series menawarkan pelbagai ciri kamera baharu yang membolehkan pengarah filem mengejar impian mereka dan memecah kekangan yang ada pada pembuatan filem tradisional.


Selain itu, untuk memberikan insipirasi kepada bakal pereka filem, Samsung juga telah berkerjasama dengan 4 pengarah filem tempatan untuk merakam filem #withGalaxy S22 Series didalam 4 genre iaitu Fesyen, Kecergasan, Percintaan dan Muzik.

Empat pengarah filem ini telah diberi peluang untuk merakam filem mereka menggunakan Samsung Galaxy S22 Series dan ternyata kagum dengan kebolehan kamera dan kualiti yang diperoleh dari telefon pintar ini.

4 pengarah filem tersebut adalah Laura dari Passion Plus, Ismail dari Plus, Jawagar dari Studio Studio dan Taufiq dari Studio Seni Lab.


Untuk menyertai pertandingan filem pendek Born of the Galaxy Stars, pembuat filem yang berminat perlu menghantar skrip pendek filem mereka berdasarkan tema Borderless with Nightography dan pilih konsep yang ada pada skrip filem pendek mereka (Fesyen, Kecergasan, Percintaan atau Muzik).

Samsung dan MIFFest akan memilih 22 pemenang yang diberi Samsung Galaxy S22 Ultra untuk membuat penggambaran dan menghasilkan filem pendek mereka. Kesemua produksi akhir ini juga akan berpeluang memenangi anugerah khas di Malaysia International Filem Festival (MIFFest).

Selain itu, satu pemenang hadiah utama juga akan dipilih dari senarai tiga terbaik yang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 8,000 dari MIFFest.

Tiga filem terbaik juga akan akan ditayangkan pada Malaysia International Film Festival 2022.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pertandingan filem pendek Born of the Galaxy Stars, sila layari https://www.mgga.com.my

Untuk menyertai pertandingan filem pendek Samsung Born of the Galaxy Stars sila lihat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.