Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A Series 2022 kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia


Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan pembukaan pra-tempahan bagi Samsung Galaxy A Series mulai 21 Mac sehingga 25 Mac 2022.

Samsung Galaxy A Series yang dilancarkan minggu lalu terdiri dari tiga model iaitu Samsung Galaxy A33 5G, Samsung Galaxy A53 5G dan Samsung Galaxy A73 5G.

Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan promosi pra-tempahan yang membolehkan anda menerima satu unit Galaxy Fit2 bernilai RM 179 secara percuma dengan pembelian Galaxy A33 5G atau satu unit Galaxy Buds Live bernilai RM 549 secara percuma dengan pembelian Galaxy A53 5G atau Galaxy A73 5G.

Berikut adalah harga dan tarikh pra-tempahan boleh dibuat untuk Samsung Galaxy A Series yang baharu ini :

Samsung Galaxy A33 5G RM 1,499 – Pra-tempah di stor Samsung dan E-store dari 21 Mac hingga 13 April 2022.

Ketahui spesifikasi Samsung Galaxy A33 5G di SINI

Samsung Galaxy A53  5G RM 1,849 – Pra-tempah di stor Samsung dan E-store dari 21 Mac hingga 25 Mac 2022.

Samsung Galaxy A73 5G RM 2,099 – Pra-tempah di stor Samsung pada 21 Mac hingga 13 April 2022 atau di E-store mulai 30 Mac hingga 13 April 2022.

Ketahui spesifikasi Samsung Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G di SINI

Pra-tempah Samsung Galaxy A Series pilihan anda di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.