Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic4 Ultimate rampas kedudukan No.1 carta DxOMark – atasi HUAWEI P50 Pro

Honor Magic4 Ultimate rampas kedudukan No.1 carta DxOMark - atasi HUAWEI P50 Pro 3
Honor Magic4 dan Honor Magic4 Pro telah diperkenalkan secara rasmi di Mobile World Congress bulan lalu dan baru-baru ini Honor telah memperkenalkan satu lagi model didalam keluarga Honor Magic4 iaitu Honor Magic4 Ultimate yang memfokuskan kepada teknologi kamera.

Honor Magic4 Pro dan Magic4 kini rasmi di pasaran global – guna cip Snapdragon 8 Gen 1

Honor Magic4 Ultimate kini telah disahkan sebagai telefon pintar dengan sistem kamera terbaik dipasaran oleh DxOMark dengan 146 mata. Jumlah ini mengatasi pendahulu carta DxOMark sebelum ini iaitu HUAWEI P50 Pro yang memperoleh 144 mata.

Honor Magic4 Ultimate terdiri daripada 4 sensor berkuasa tinggi iaitu sensor utama 50MP dengan lensa 8P, sensor ultrawide 64MP dengan Dual-Free Form Lebs, sensor periskop telefoto 64MP dan 50MP Spectrum Enhanced Camera.

Dalam pada itu, teknologi kamera ini juga meletakkan Honor Magic4 Ultimate sebagai pendahulu carta DxOMark didalam kategori Foto dengan 153 mata dan kategori Zoom dengan 107 mata.

Bagi yang berminat, Honor Magic4 Pro telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi namun masih belum ada pengesahan rasmi dari pihak Honor mengenai status penawaran Honor Magic4 dan Honor Magic4 Ultimate di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.