Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A33 5G dilancarkan secara rasmi pada harga RM1,499 – guna skrin AMOLED 90Hz

Samsung Galaxy A33 5G dilancarkan secara rasmi pada harga RM1,499 - guna skrin AMOLED 90Hz 9
Samsung Galaxy A33 5G merupakan model paling murah didalam keluarga Galaxy A Series terbaru ini namun ianya masih menawarkan pengguna sebuah peranti dengan pakej spesifikasi yang baik.

Samsung Galaxy A33 5G dilancarkan secara rasmi pada harga RM1,499 - guna skrin AMOLED 90Hz 10

Samsung Galaxy A33 5G memiliki skrin paparan Inifnity-U Super AMOLED FHD+ berukuran 6.4-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Skrin paparan ini turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Bercakap mengenai cip pemprosesan, Samsung Galaxy A33 5G hadir dengan Exynso 1280, 8GB RAM dengan ciri RAM Plus dan 128GB storan dalaman.

Samsung Galaxy A33 5G dilancarkan secara rasmi pada harga RM1,499 - guna skrin AMOLED 90Hz 11
Ke bahagian kamera, Samsung Galaxy A33 5G memiliki sensor utama 48MP yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah sama seperti A33 5G iaitu 13MP.

Samsung Galaxy A33 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 25W SuperFast Charging yang sama seperti Galaxy A53 5G dan A73 5G namun adapter tidak lagi disertakan dalam kotak.

Samsung Galaxy A33 5G dilancarkan secara rasmi pada harga RM1,499 - guna skrin AMOLED 90Hz 12

Selain itu, Samsung Galaxy A33 5G juga membawakan sokongan kalis air IP67, One UI 4.1 yang berasaskan Android 12, slot kad microSD dan sensor capjari dalam skrin.

Samsung Galaxy A33 5G akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Peach pada harga RM1,499.

Samsung Galaxy A53 5G dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam waktu terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.