Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A73 5G dan Galaxy A53 5G kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz dan sensor 108MP – harga dari RM 1,849


Selepas pelancaran peranti flagship Galaxy S22 Series awal bulan lalu, Samsung kini telah melancarkan generasi baharu didalam siri midrange Galaxy A Series bagi tahun 2022 iaitu Samsung Galaxy A73 5G dan Samsung Galaxy A53 5G.

Samsung Galaxy A Series (2022) akan tampil sebagai model yang membawakan pengalaman flagship kepada semua pengguna.

Dua model teratas didalam Galaxy A Series (2022) adalah Samsung Galaxy A53 5G dan Samsung Galaxy A73 5G.

Samsung Galaxy A73 5G

Samsung Galaxy A73 5G merupakan model paling premium didalam keluarga Galaxy A dan ianya tampil dengan skrin paparan Inifnity-O Super AMOLED FHD+ berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin paparan ini juga menawarkan kadar kecerahan maksima 800nits dan turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Beralih kepada bahagian cipset, Samsung Galaxy A73 akan hadir dengan cip Qualcomm Snapdragon 778G yang dipadankan dengan 8GB RAM (ciri RAM Plus turut ditawarkan) dan 256GB storan dalam.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy A73 5G hadir dengan sensor utama 108MP yang memiliki optik pengstabilan imej, satu sensor ultrawide 12MP, 5MP sensor bokeh dan 5MP sensor makro. Kamera selfie adalah 32MP.

Samsung Galaxy A73 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W namun generasi Galaxy A tahun ini kini tidak lagi mempunyai adapter pengecasan didalam kotak pembelian.


Selain itu, Samsung Galaxy A73 5G juga memiliki pensijilan kalis air dan habuk IP67,  sokongan kad microSD sehingga 1TB, ciri Link to Windows dan Bixby Routines.

Samsung Galaxy A73 5G akan ditawarkan didalam 5 warna iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, Awesome Peach dan Awesome Mint yang eksklusif untuk model ini sahaja.

Samsung Galaxy A73 5G akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,099.

Samsung Galaxy A53 5G

Samsung Galaxy A53 5G juga berkongsi kebanyakkan spesifikasi Galaxy A73 5G namun dengan perubahan dari segi saiz skrin dan sensor kamera utama.

Samsung Galaxy A53 5G memiliki skrin paparan Inifnity-O Super AMOLED FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin paparan ini turut menawarkan kadar kecerahan maksima 800nits dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Bercakap mengenai cip pemprosesan, Samsung Galaxy A53 5G hadir dengan Exynso 1280, 8GB RAM dengan ciri RAM Plus dan 256GB storan dalaman.

Ke bahagian kamera, Samsung Galaxy A53 5G memiliki sensor utama 64MP yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 12MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 5MP. Kamera selfie adalah sama seperti A73 5G iaitu 32MP.

Samsung Galaxy A53 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 25W SuperFast Charging ( adapter dijual berasingan).

Selain itu, Samsung Galaxy A53 5G juga membawakan sokongan kalis air IP67, One UI 4.1 yang berasaskan Android 12, sokongan kad microSD dan sensor capjari dalam skrin.

Samsung Galaxy A53 5G akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Peach.

Samsung Galaxy A53 5G akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,849

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.