Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X Series akan dilancarkan di Malaysia pada 29 Mac ini


Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor X Series akan dilancarkan di Malaysia pada 29 Mac ini.

Menurut posting di Facebook Honor Malaysia, Honor X Series dijangka terdiri tiga model yang mana dua daripada model tersebut adalah Honor X8 dan Honor X9 5G.


Selain itu, Honor Malaysia juga telah mengesahkan bahawa Honor X9 akan dilengkapi dengan pengecasan pantas SuperCharge 66W.

Bercakap mengenai Honor X8 pula, ianya akan hadir dengan reka bentuk nipis 7.45mm dengan berat sekitar 177gram. Honor X8 juga akan memiliki skrin paparan FullView berukuran 6.7-inci dengan nisbah skrin kepada rangka 93.6%.

Majlis pelancaran Honor X Series akan berlangsung pada 29 Mac ini bermula jam 8.30 malam dan anda boleh menyaksikan siaran langsung pelancaran di YouTube atau Facebook Honor Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.