Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X8 dilancarkan secara rasmi

Honor X8 dilancarkan secara rasmi

 

Honor X8 dilancarkan secara rasmi

Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam X Series iaitu Honor X8 untuk pasaran Timur Tengah yang dijangka akan turut memasuki beberapa pasaran antarabangsa.

Honor X8 adalah sebuah peranti midrange dengan skrin paparan LCD 90Hz berukuran 6.7-inci, cip Qualcomm Snapdragon 680, 6GB RAM, 128GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

Selain itu, Honor X8 ini juga menampilkan penggunaan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 5MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie punch-hole 16MP juga disertakan.

Honor X8 juga hadir dengan antaramuka Honor Magic UI 4.2 yang berasaskan Android 11 dan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Titanium Silver, Midnight Black dan Ocean Blue.

Harga jualan Honor X8 tidak diumumkan buat masa sekarang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.