Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K50 Series akan jadi telefon pintar pertama dengan sokongan Bluetooth 5.3

Redmi K50 Series akan jadi telefon pintar pertama dengan sokongan Bluetooth 5.3 9
Redmi K50 Series telah disahkan akan dilancarkan pada 17 Mac ini dan beberapa maklumat spesifikasi telefon pintar ini telah didedahkan secara rasmi oleh Redmi melalui akaun weibo rasmi mereka.

Redmi K50 Series akan jadi telefon pintar pertama dengan sokongan Bluetooth 5.3 10

Redmi K50 Series akan menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan sokongan Bluetooth 5.3 yang akan mengurangkan kadar latensi audio, penggunaan tenaga dan jarak.

Selain itu, telefon pintar Redmi K50 Series ini juga akan menyokong codec audio LC3 yang boleh beroperasi pada teknologi Bluetooth 5.2 dan ke atas yang dikatakan mampu meningkatkan kualiti audio yang didengar.

Redmi K50 Series akan jadi telefon pintar pertama dengan sokongan Bluetooth 5.3 11

Selain itu, Redmi K50 Series juga akan hadir dengan GPS dual-band, Wi-Fi 6, pembesar suara stereo Dolby Atmos dan IR blaster yang sinonim pada telefon pintar Xiaomi.

Redmi K50 Series akan jadi telefon pintar pertama dengan sokongan Bluetooth 5.3 12

Akhir sekali, telefon pintar didalam Redmi K50 Series ini juga akan hadir dengan cip MediaTek 9000 dan MediaTek 8100.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.