Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 9 SE kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja

HUAWEI nova 9 SE kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja 13
HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar HUAWEI nova 9 SE untuk pasaran Malaysia dengan harga yang sangat berpatutan iaitu hanya RM 1,099.

Pelancaran HUAWEI nova 9 SE meneruskan falsafah untuk memberikan peminat HUAWEI sebuah telefon pintar dengan kuasa pemprosesan dan ciri-ciri kelas flagship.

HUAWEI nova 9 SE kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja 14

HUAWEI nova 9 SE hadir dengan skrin paparan HUAWEI FullView 90Hz berukuran 6.78-inci yang tampil dengan bezel sisi skrin yang nipis iaitu hanya 1.05mm. Skrin paparan ini mempunyai resolusi FHD+ dan terdapat punch-hole yang menempatkan sensor swafoto 16MP.

Beralih kepada cipset, HUAWEI nova 9 SE hadir dengan cip Snapdragon 680, GPU Adreno 610, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

HUAWEI nova 9 SE kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja 15

Ke bahagian kamera, HUAWEI nova 9 SE dilengkapi tetapan quad kamera yang terdiri daripada sensor utama 108MP f/1.9, satu sensor ultra wide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. nova 9 SE juga dilengkapi pelbagai ciri vlogging seperti dual-view video dan banyak lagi.

HUAWEI nova 9 SE kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja 16

Seterusnya, telefon pintar terbaru HUAWEI ini juga dilengkapi bateri berkapasiti 4,000mAh namun yang lebih menarik adalah teknologi pengecasan pantas yang disertakan iaitu 66W HUAWEI SuperCharge yang mampu memberikan anda 60% pengecasan didalam masa 16 minit dan pengecasan 100% didalam masa 36 minit sahaja.

HUAWEI nova 9 SE kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja 17

lain-lain spesifikasi HUAWEI nova 9 SE adalah antaramuka EMUI 12 yang berasaskan Android 12 dan terdapat sokongan fungsi Super Device yang dilancarkan baru-baru ini.

HUAWEI nova 9 SE akan ditawarkan didalam tiga warna yang menarik iaitu Crystal Blue, Pearl White dan Midnight Black pada harga RM 1,099.

HUAWEI nova 9 SE kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja 13

Pra-tempahan kini dibuka

HUAWEI nova 9 SE kini boleh di pra-tempah sehingga 18 Mac 2022 di Laman sesawang rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Store, Stor rasmi HUAWEI di Shopee, dan Stor flagship HUAWEI di Lazada.

Setiap pembelian HUAWEI nova 9 SE juga akan menerima HUAWEI FreeLace secara percuma dan promosi Huawei Mobile Services bernilai RM 181  secara percuma.

Berikut adalah baucar dan promosi menarik yang anda boleh nikmati dengan pembelian HUAWEI nova 9 SE :

  • Watsons: baucar Watsons bernilai RM10
  • Kopi ZUS: 1 cawan baucar CEO Latté (bernilai sehingga RM9.90)
  • Tealive: 1 baucar Tealive bernilai RM7
  • Flexi Parking: Dapatkan kredit parking RM30 apabila membeli Flexi Motor Protections
  • EASI: Diskaun 20% baucar dihadkan pada RM15 tanpa perbelanjaan min x 3 kali bagi setiap pengguna
  • J&T Malaysia: 2 keping baucar J&T (bernilai sehingga RM10)

HUAWEI nova 9 SE Art Deco

Sempena pelancaran nova 9 SE, HUAWEI Malaysia mahu meraikannya dengan ruang art deco istimewa di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.

Dari 12 Mac hingga 19 Mac 2022, HUAWEI Malaysia akan menganjurkan ruang art deco khusus, HUAWEI nova 9 SE Art Deco, di tiga pusat membeli-belah terpilih – Sunway Pyramid, Queensbay Mall dan East Coast Mall dari 10 pagi – 10 malam untuk membolehkan peminat dan pengunjung sama-sama menerokai banyak fasad logo nova.

Di samping ruang art deco logo nova, HUAWEI Malaysia juga akan menganjurkan peraduan sosial “Capture your best moment with HUAWEI nova 9 SE Art Deco” dari 12 Mac hingga 19 Mac 2022.

Capture your best moment with HUAWEI nova 9 SE Art Deco

a) Kunjungi mana-mana daripada tiga lokasi di East Coast Mall di Kuantan; Queensbay Mall di Pulau Pinang, atau Sunway Pyramid di Selangor

b) rakam video atau foto dengan struktur logo nova di salah satu daripada tiga pusat membeli-belah terpilih

c) muatnaik fotografi atau video asal yang ditangkap di Instagram (“Siaran”) dan tag @huaweimobilemy dan ikuti Instagram @huaweimobilemy;

d) Sertakan hashtag #HUAWEInova9se dan #BeInspiredBenova pada kapsyen;

e) kunjungi mana-mana HUAWEI EXPERIENCE STORE (“kedai HES”) untuk menunjukkan langkah yang telah dilakukan dan menebus hadiah, kuantiti terhad sahaja.

Ia merupakan peluang sekali dalam seumur hidup yang anda tidak boleh lepaskan sebagai peminat nova.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.