Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K50 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Mac ini


Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan Redmi K50 Series akan dilancarkan pada 17 Mac ini.

Pelancaran Redmi K50 Series ini tiba selepas pelancaran Redmi K50 Gaming baru-baru ini dan salah satu daripada model didalam Redmi K50 Series ini iaitu Redmi K50 Pro+ akan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 9000.


Cip MediaTek Dimensity 9000 juga telah memperoleh mata ujian melebihi 1,000,000 mata pada ujian AnTuTu dan Redmi K50 Pro+ akan menjadi telefon pintar kedua selepas Oppo Find X5 Pro Dimensity Edition untuk menggunapakai cipset Dimenisty 9000 ini.

Dalam pada itu, pelancaran global telefon pintar flagship Xiaomi 12 Series akan berlangsung pada 15 Mac ini iaitu 2 hari sebelum pelancaran Redmi K50 Series.

Xiaomi 12 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Mac ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.