Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Mac ini


Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan pelancaran global telefon pintar flagship syarikat ini iaitu Xiaomi 12 Series akan berlangsung pada 15 Mac ini dan ianya juga akan dilancarkan serentak untuk pasaran Malaysia.

Xiaomi 12 Series adalah peranti flagship Xiaomi yang dilancarkan lewat tahun lalu di China dan telah dinantikan lama oleh pengguna di pasaran global.

Bagi pelancaran di China, Xiaomi 12 Series hadir didalam tiga model iaitu Xiaomi 12, Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12X namun tidak dapat dipastikan samada terdapat penambahan model (Xiaomi 12 mini atau Xiaomi 12 Ultra) atau sebaliknya.

Apa yang pasti, Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro akan  dilancarkan untuk pasaran global dan ia akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Ketahui spesifikasi Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro dengan lebih lanjut di SINI

Baca mengenai Xiaomi 12X di SINI

Majlis pelancaran global Xiaomi 12 Series boleh disaksikan secara langsung pada 15 Mac ini bermula jam 8 malam di Facebook Xiaomi Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.