Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 SE 5G kini rasmi dengan Snapdragon 778G dan skrin 144Hz – realme 9 5G juga rasmi

realme 9 SE 5G kini rasmi dengan Snapdragon 778G dan skrin 144Hz - realme 9 5G juga rasmi 11realme secara rasminya telah melancarkan realme 9 Series iaitu realme 9 SE dan realme 9.

realme 9 SE dan realme 9 kini rasmi di pasaran India dan pelancaran antarabangsa telefon pintar ini dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

realme 9 SE 5G kini rasmi dengan Snapdragon 778G dan skrin 144Hz - realme 9 5G juga rasmi 12

realme 9 SE 5G

realme 9 SE 5G adalah Speed Edition yang mana ianya tampil dengan skrin paparan 144Hz berukuran 6.6-inci. Ianya adalah panel LCD yang mempunyai 6 kadar segar semula pra-tetap iaitu (30Hz – 144Hz).

Selain itu, realme 9 SE 5G juga hadir dengan cipset Snapdragon 778G, dua kapasiti RAM LPDDRX4 iaitu 6 atau 8GB dan storan dalaman 128GB jenis UFS 2.2.

realme 9 SE 5G hadir dengan batteri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W, sensor capjari pada bahagian sisi, realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11 dan Wi-Fi 6 (ax) serta Bluetooth 5.2.

realme 9 SE 5G juga hadir dengan sensor utama 48MP, sensor makro dan sensor depth pada resolusi 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

realme 9 SE 5G kini rasmi dengan Snapdragon 778G dan skrin 144Hz - realme 9 5G juga rasmi 13

realme 9 SE 5G akan ditawarkan didalam

dua warna iaitu Starry Glow atau Azure Glow pada harga seperti berikut :

realme 9 5G Speed Edition – 6/128GB- CNY 19,999 (RM 1,098)

realme 9 5G Speed Edition – 8/128GB – CNY 22,999 (RM 1,262)

realme 9 SE 5G kini rasmi dengan Snapdragon 778G dan skrin 144Hz - realme 9 5G juga rasmi 14
realme 9 5G

realme 9 5G hadir dengan skrin paparan 90Hz berukuran 6.5-inci dan memiliki cip pemprosesan MediaTek Dimensity 810.

realme 9 5G ditawarkan didalam dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4/64GB atau 6/128GB dan terdapat juga slot microSD.

Beralih kepada kamera, realme 9 5G hadir dengan sensor utama 48MP, 2MP sensor makro dan 2MP sensor depth. Kamera selfie adalah sama iaitu 16MP.

realme 9 5G juga memiliki bateri 5,000mAh namun kadar pengecasan yang ditawarkan adalah 18W sahaja.

Lain-lain spesifikasi realme 9 5G adalah sensor capjari pada butang kuasa, realme UI 2.0 (Android 11), Wi-Fi 5 (ac) dan Bluetooth 5.1.

realme 9 SE 5G kini rasmi dengan Snapdragon 778G dan skrin 144Hz - realme 9 5G juga rasmi 15

realme 9 5G ditawarkan didalam dua warna iaitu Hitam atau Putih pada harga seperti berikut :

realme 9 5G 4/64GB – INR 14,999 (RM 823)

realme 9 5G 6/128GB – INR 17,499 (RM 960)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.