Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone SE (2022) mempunyai kapasiti RAM yang sama seperti iPhone 13


Seperti yang kami laporkan, Apple telah melancarkan iPhone SE (2022) semalam dan seperti diduga ianya tampil dengan reka bentuk yang sama seperti generasi sebelum ini.

Selain itu, Apple juga telah memberikan iPhone SE (2022) cipset A15 Bionic yang sama seperti iPhone 13 Series.

Kini laporan terbaru mendakwa iPhone SE (2022) juga mempunyai kapasiti RAM yang sama seperti iPhone 13 iaitu 4GB dan ianya juga lebih berbanding generasi sebelum ini yang hanya mempunyai 3GB RAM.

Apple iPhone SE (2022) akan mula dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada 18 Mac ini dan jualan akan bermula 7 hari selepas itu.

Apple iPhone SE (2022) akan ditawarkan pada harga dari RM 2,099 iaitu RM 100 lebih tinggi berbanding harga generasi sebelum ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.