Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony hentikan jualan di PlayStation Store dan konsol PlayStation 5 di Rusia


Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan bahawa ianya telah menghentikan penjualan semua produk PlayStation di Rusia buat sementara waktu kerana krisis perang di Ukraine.

Sony melalui akaun Twitter telah mengumumkan ianya telah menghentikan penjualan PlayStation 5, pelancaran permainan video Grand Turismo 7 dan menutup operasi stor PlayStation di Rusia.

Selain itu, Sony Group Corporation juga telah mengumumkan akan menyumbang $2 juta kepada pelbagai tabung bantuan kemanusian antarabangsa untuk menyokong mangsa tragedi ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.