Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cip Snapdragon 8 Gen 1+ akan dikeluarkan oleh TSMC

Snapdragon 8 Gen 1+
Menurut leaker terkemuka Ice Universe, Qualcomm dilaporkan akan mengalihkan pengkilangan cip flagship Snapdragon dari Samsung ke TSMC pada pertengahan kedua tahun ini dan ianya akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen 1+.

Selain itu, terdapat juga laporan yang mengatakan Qualcomm telah mengalihkan sebahagian proses pengkilangan cipset Snapdragon 8 Gen 1 ke TSMC kerana masalah proses pembuatan .

Dalam pada itu, laporan ini juga mendakwa proses pembuatan yang tidak optimal menyebabkan penggunaan tenaga Snapdragon 8 Gen 1 adalah lebih tinggi berbanding yang sepatutnya.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang kepastian sama ada dakwaan ini adalah benar atau kita akan melihat pengguna tenaga yang lebih efisien dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ keluaran TSMC.

Selain itu, Ice Universe juga mendakwa bahawa proses pengkilangan Snapdragon 8 Gen 2 pada tahun 2023 juga akan diberikan kepada TSMC.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.