Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 6a telah dikesan pada Geekbench dengan cip Tensor


Selepas pelancaran Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro penghujung tahun lalu, syarikat ini dijangka akan memperkenalkan model bajet Pixel 6a bulan hadapan.

Google Pixel 6a dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Pixel 6 dan Pixel 6 Pro namun dengan spesifikasi yang lebih rendah didalam pakej peranti yang lebih kompak.

Kini, Google Pixe 6a telah dikesan di Geekbench yang mengesahkan telefon pintar ini akan menggunakan cipset Google Tensor berserta 6GB RAM dan Android 12.

Pixel 6a juga telah memperoleh 1,050 mata bagi ujian single-core manakala ujian multi-core menyaksikan telefon pintar ini memperoleh 2,833 mata yang mana ianya hampir sama dengan peranti Google Pixel 6 Series yang lain.

Selain itu, Pixel 6a juga akan hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.2-inci dan dua sensor kamera iaitu sensor utama 12.2MP Sony IMX363 dan sensor ultrawide 12MP Sony IMX355.

Google Pixel 6a dijangka akan dilancarkan bulan hadapan mungkin sebagai pencabar kepada iPhone SE 2022 yang dijangka akan dilancarkan pada 8 Mac ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.