Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung tawar 25W Super-Fast Charger percuma dengan pembelian Galaxy S22 Series


Samsung telah menyaksikan rekod jualan bagi Samsung Galaxy S22 Series yang mana ianya adalah 2 kali ganda lebih baik dari Galaxy S21 Series dengan 60% unit yang dibeli adalah Galaxy S22 Ultra.

Walaubagaimanapun masih belum terlambat untuk anda mendapatkan Samsung Galaxy S22 Series yang ditawarkan didalam tiga model iaitu Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra.

Samsung telah mengumumkan ahli Samsung Members yang membeli Samsung Galaxy S22 Series kini boleh menebus Samsung 25W Super-Fast Charger bernilai RM 79 secara percuma.

Promosi ini sah dengan pembelian Samsung Galaxy S22 5G, Samsung Galaxy S22+ 5G dan Samsung Galaxy S22 Ultra 5G di Samsung Online Store mulai 4 Mac sehingga 31 Mac 2022.

Baca : Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra – Flagship Premium Menawan


Berikut adalah cara untuk mendapatkan kod penebusan ini di aplikasi Samsung Members :

Langkah 1 : tekan “Download Voucher” di aplikasi Samsung Members

Langkah 2 : tekan “Copy to Clipboard” dan layari Samsung Online Store

Langkah 3 : “add to cart” Samsung Galaxy S22 Series dan masukkan kod baucar sebelum checkout

Langkah 4 : nikmati Samsung 25W Super-Fast Charger percuma anda

Maklumat lanjut di : Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.