Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra – Flagship Premium Menawan

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra - Flagship Premium Menawan 17
Samsung Galaxy S22 Series telah dilancarkan secara rasmi pada awal bulan Februari lalu dan ianya telah mendapat rekod tempahan dua kali ganda lebih tinggi berbanding Galaxy S21 Series (pada minggu pertama pra-tempahan).

Selain itu, Samsung juga telah mengesahkan bahawa 60% daripada Galaxy S22 Series yang ditempah adalah Samsung Galaxy S22 Ultra yang membuktikanya sebagai model paling hangat dan pilihan utama pengguna.

Samsung Galaxy S22 Ultra merupakan model pertama didalam Galaxy S Series untuk membawa sokongan S Pen terbina dalam peranti yang bermaksud mulai generasi ini, legasi Galaxy Note akan diteruskan melalui model Ultra Galaxy S.

Samsung Malaysia telah menghantar kepada kami satu unit Galaxy S22 Ultra untuk kami cuba dan kongsikan kebolehan telefon pintar ini.

Walaubagaimanapun sebelum melakukan ulasan, kami telah meluangkan masa dengan Samsung Galaxy S22 Ultra dan berikut adalah pandang pertama kami tentang telefon pintar premium terbaru Samsung.

Kami telah meluangkan sedikit masa dengan Samsung Galaxy S22 Ultra dan berikut adalah pandang pertama telefon pintar ini.

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra - Flagship Premium Menawan 18
Isi kandungan kotak Samsung Galaxy S22 Ultra

Kotak yang lebih nipis

Samsung Galaxy S22 Ultra hadir didalam kotak yang diperbuat daripada 100% bahan kitar semula dan kotak kali ini adalah sekitar 19% lebih nipis berbanding kotak Galaxy S21 Series.

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra - Flagship Premium Menawan 19

Selain itu, kotak Samsung Galaxy S22 Ultra hadir didalam warna hitam namun tulisan ‘S’ akan tampil berdasarkan warna telefon pintar yang anda pilih.

Nak tahu warna apa yang ditawarkan pada Galaxy S22 Ultra?, baca pada bahagian bawah 🙂

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra - Flagship Premium Menawan 20
Reka Bentuk Ikonik Note Series

Siri Samsung Galaxy Note mungkin sudah tiada, namun legasi telefon pintar ini masih ada pada Galaxy S22 Ultra dan ianya hadir dengan reka bentuk yang hampir sama seperti Galaxy Note20 Ultra.

Samsung Galaxy S22 Ultra mempunyai reka bentuk yang berbeza daripada Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S22+ yang lebih serias dengan Galaxy S21 Series

Samsung juga telah membawa teknologi chasis Armor Aluminum yang diperkenalkan pada Galaxy Z Series dan ianya ditambah dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+ yang eksklusif kepada telefon pintar Galaxy S22 Series sahaja.

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra - Flagship Premium Menawan 21

Beralih kepada panel belakang yang menempatkan modul kamera yang kini menampilkan kemasan tanpa sebarang bongol kamera yang besar namun telefon pintar kini lebih tebal dengan ukuran 8.9mm namun berat keseluruhan peranti adalah 229 gram yang masih ringan berbanding peranti premium jenama lain.

Samsung Galaxy S22 Ultra ditawarkan didalam 4 warna iaitu Phantom Black, Phantom White, Burgundy dan Green yang mana kesemuanya memiliki kemasan matte. Kami amat tertarik dengan warna Burgundy dan ianya adalah warna yang kami minta untuk unit ulasan. Hijau pun cantik jugak!

Sedikit menyedihkan, Samsung Malaysia tidak menawarkan Galaxy S22 Ultra didalam warna eksklusif Samsung.com iaitu Graphite, Blue dan Red namun ianya mungkin ditawarkan tidak lama lagi.

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra - Flagship Premium Menawan 22

S-Pen kini berganding dengan Galaxy S

Samsung Galaxy S22 Ultra kini mempunyai S Pen terbina didalam peranti dan ianya hadir dengan S Pen yang mempunyai latensi paling rendah iaitu hanya 2.8ms.

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra - Flagship Premium Menawan 23

Selain itu, S Pen juga bermaksud segala pengalaman Galaxy Note kini ditawarkan pada Galaxy S22 Series dan tidak kira warna apa yang anda pilih, S Pen ini akan hadir didalam warna hitam dengan hanya hujung pen mengikut warna peranti.

6D6C2963-72A5-4610-B0CA-0CD7EB89611A.png

Cipset Snapdragon 8 Gen 1

Samsung Galaxy S22 Ultra di Malaysia ditawarkan dengan pemproses 4nm Snapdragon 8 Gen 1 dan ini bermaksud Samsung Malaysia telah memenuhi permintaan peminat telefon pintar Samsung untuk memiliki peranti flagship dengan cip terbaik daripada Qualcomm.

Walaubagaimanapun, ini juga bermakna pengguna di Malaysia terlepas untuk merasai kelebihan cip Exynos 2200 yang kini hadir dengan Xclipse GPU yang dihasilkan dengan arkitektur  AMD RDNA 2.

Samsung Galaxy S22 Ultra ini ditawarkan didalam tiga versi iaitu 8GB RAM/128GB storan dalaman (RM 5,099), 12GB RAM/256GB  storan dalaman (RM 5,499) dan 12GB RAM/512GB storan dalaman (RM 5,899)

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra - Flagship Premium Menawan 24
Sistem Kamera terbaik

Di atas kertas, Samsung Galaxy S22 Ultra mungkin mempunyai sensor kamera yang sama seperti Galaxy S21 Ultra, namun penggunaan cipset dan NPU yang lebih berkuasa tinggi memastikan kamera Samsung Galaxy S22 mampu menawarkan anda fotografi terbaik pada waktu siang dan malam.

Selain itu, Samsung Galaxy S22 Ultra juga memfokuskan kepada videografi yang lebih baik dan terdapat juga aplikai Expert RAW untuk gambar dengan kebolehan untuk proses edit yang lebih meluas.

Buat masa ini kami belum ada sebarang hasil gambar daripada Galaxy S22 Ultra namun kami akan menguji kemampuan kamera telefon pintar ini pada ulasan penuh.
Pandangan Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra - Flagship Premium Menawan 25

4 Tahun Kemaskini OS dan 5 Tahun Kemaskini Keselamatan

Samsung telah mengumumkan bahawa Galaxy S22 Series akan hadir dengan jaminan 4 tahun kemaskini sistem operasi Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan.

Ini meletakkan Samsung sebagai antara syarikat telefon pintar dengan kemaskini Android OS paling lama dipasaran, malah lebih lama dari telefon pintar keluaran Google sendiri iaitu Pixel Series.

Nantikan ulasan Samsung Galaxy S22 Ultra kami

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.