Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 5G akan hadir dengan panel skrin yang menyokong kadar segar semula 144Hz


realme telah memperkenalkan tiga model didalam generasi baharu realme Number Series iaitu realme 9i, realme 9 Pro dan realme 9 Pro+ namun sehingga kini masih belum ada maklumat mengenai bila realme 9 akan dilancarkan.

Walaubagaimanapun, terdapat laporan baharu mengenai kewujudan telefon pintar ini yang disertakan dengan maklumat spesifikasi utama telefon pintar ini.

realme 9 dijangka akan hadir didalam dua varian iaitu yang menyokong rangkaian 4G dan 5G seperti realme 8 dan realme 8 5G namun varian 5G dikatakan akan hadir dengan panel skrin 144Hz.

Sumber ini telah menerima imej pemasaran yang menunjukkan peranti ini memiliki panel 144Hz demgan 7 tahap kadar segar yang bergantung kepada kandungan. Panel skrin ini adalah IPS LCD memandangkan ianya adalah peranti entry-level.

Selain itu, realme 9 5G juga dikatakan hadir dengan cip Dimenisty 810 5G, 6GB RAM, 128GB storan dalaman dan bateri 5,000mAh.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.