Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple akan melancarkan sesuatu pada 8 Mac ini – iPhone SE 2022 juga akan dilancarkan


Apple secara rasminya telah mengesahkan satu majlis pelancaran khas Apple akan berlangsung pada 8 Mac ini bertempat di Steve Jobs Theater di Kampus Apple Park.

Majlis pelancaran Apple yang bertemakan “Peek Performance” dan ianya merupakan majlis pelancaran pertama Apple bagi tahun 2022.

Majlis pelancaran ini dijangka akan menyaksikan Apple memperkenalkan generasi baharu iPhone SE, generasi baharu Apple iPad Air dan komputer riba Apple Mac dengan cip silikon keluaran syarikat ini.

Menyentuh sedikit mengenai Apple iPhone SE, ianya akan mempunyai reka bentuk yang sama seperti generasi kedua namun cip Apple A15 yang turut digunakan pada Apple iPhone 13 Series.

Selain itu, Apple iPhone SE 2022 ini juga akan memasuki pasaran sebagai iPhone 5G termurah.

Anda boleh menyaksikan majlis pelancaran Apple ini pada jam 2 pagi waktu Malaysia (9 Mac 2022) di Apple.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.