Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro dilancarkan di Malaysia dengan Snapdragon 695 dan skrin 120Hz- harga dari RM 1,099

realme 9 Pro dilancarkan di Malaysia dengan Snapdragon 695 dan skrin 120Hz- harga dari RM 1,099 7
Selain
realme 9 Pro+, realme Malaysia juga telah mengumumkan penawaran realme 9 Pro untuk pasaran tempatan.

realme 9 Pro adalah sebuah model yang lebih berpatutan namun terdapat beberapa spesifikasi telefon pintar ini yang lebih baik dari realme 9 Pro+.

realme 9 Pro+ kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,599

realme 9 Pro dilancarkan di Malaysia dengan Snapdragon 695 dan skrin 120Hz- harga dari RM 1,099 8

realme 9 Pro hadir dengan skrin paparan yang menyokong kadar segar semula 120Hz namun ianya adalah panel LCD berukuran 6.6-inci. Sensor capjari adalah pada bahagian sisi.

realme 9 Pro hadir dengan cip Snapdragon 695 dengan sokongan 5G, 6 atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Pada bahagian kamera, realme 9 Pro tampil dengan sensor utama 64MP, satu sensor ultrawide 8MP dan satu sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

realme 9 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh namun pengecasan pantas hanya 33W.

realme 9 Pro akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Blue, Green, dan Black.

realme 9 Pro dilancarkan di Malaysia dengan Snapdragon 695 dan skrin 120Hz- harga dari RM 1,099 9

Berikut adalah harga realme 9 Pro :

realme 9 Pro 8/128GB – RM 1,199

realme 9 Pro 6/128GB – 1,099

realme 9 Pro akan ditawarkan di Lazada mulai 8 Mac ini dan untuk penjualan pertama, anda boleh mendapatkan realme 9 Pro varian 8/128GB pada harga RM 1,099 sahaja.

Dalam pada itu,realme 9 Pro varian 6/128GB akan ditawarkan mulai 15 Mac pada harga RM 949 di stor realme di Lazada. Harga ini adalah untuk jualan pertama sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.