Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro+ kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,599

realme 9 Pro+ kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,599 7
realme secara rasminya telah melancarkan realme 9 Pro Series untuk pasaran Malaysia dan artikel ini memfokuskan kepada realme 9 Pro+.

realme 9 Pro+ adalah model tumpuan dan ianya merupakan model Pro+ pertama bagi realme Number Series yang telah berjaya mencapai jualan melebihi 40 juta unit.

realme 9 Pro+ tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.43-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan terdapat juga sensor capjari dibawah skrin yang juga boleh digunakan sebagai pembaca kadar degupan jantung.

Beralih kepada cipset, realme 9 Pro+ hadir dengan cip MediaTek Dimensity 920 yang menyokong 5G dan ianya dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM berserta storan dalaman 128GB atau 256GB.

Ke bahagian kamera pula, realme 9 Pro+ hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX766 yang turut digunakan pada realme GT 2 Pro dan sensor utama dipadankan dengan satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

realme 9 Pro+ juga dilengkapi bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W SuperDart untuk mencapai pengecasan penuh didalam masa 45 minit.

realme 9 Pro+ hadir didalam tiga warna iaitu Aurora Green, Midnight Black dan Sunrise Blue. Bercakap mengenai Sunrise Blue ianya hadir dengan lapisan fotokromik yang berubah daripada biru kepada warna merah jambu dalam masa beberapa saat apabila terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV. Akan kembali ke warna asal didalam masa 5 minit.

realme 9 Pro+ kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,599 8

Berikut adalah harga realme 9 Pro+ di Malaysia

realme 9 Pro+ 8/256GB – RM 1,599

realme 9 Pro+ 8/128GB – RM 1,399

realme 9 Pro+ akan mula ditawarkan di Malaysia pada 8 Mac ini iaitu bagi varian 8/256GB pada harga RM 1,399 sahaja secara eksklusif di Lazada (penjimatan RM 200). Varian ini akan turut ditawarkan di stor rasmi realme mulai 12 Mac pada harga RM 1,599.

realme 9 Pro+ kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,599 9

Jualan bagi realme 9 Pro+ varian 8/128GB pula adalah mulai 31 Mac ini semua stor rasmi realme dengan harga RM 1,399.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.