Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Ultra lulus ujian ketahanan JerryRigEverything


Telefon pintar flagship Samsung iaitu Galaxy S22 Ultra telah melalui ujian ketahanan oleh YouTuber terkenal iaitu JerryRigEverything.

JerryRigEverything telah melakukan ujian calar pada skrin Samsung Galaxy S22 Ultra yang dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+ dan calar mula kelihatan pada tahap Mohs 6 manakala calar yang lebih dalam mula kelihatan pada tahap Mohs 7.

Selain itu, JerryRigEverything juga telah menguris bahagian chasis Armor Aluminum telefon pintar ini dan ianya menampakkan kesan calar yang jelas.

Dalam pada itu, S Pen terbina pertama pada Galaxy S Series tidak terlepas daripada rawatan istimewa JerryRigEverything dan ianya dipatahkan untuk melihat komponen dalaman stylus ini.

Seterusnya, panel belakang Galaxy S22 Ultra yang hadir dengan kemasan matte nampaknya tidak menampakkan sebarang kesan manakala gelung modul kamera yang diperbuat daripada logam teranod mengekalkan kesan calar dari bilah pisau keluli.

Akhir sekali, chasis Galaxy S22 Ultra ini kekal kukuh walaupun cuba dibengkok dengan tangan yang memastikan telefon pintar ini disahkan lulus ujian ketahanan JerryRigEverything.

Anda boleh menonton video ini di bawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.