Shopee sambut ShopeePay Day pada 1 Mac ini – cashback dan pelbagai diskaun menarik menanti
Shopee Malaysia telah mengumumkan sambutan ShopeePay Day yang akan berlangsung pada 1 Mac 2022.
Terhad untuk satu hari, pengguna ShopeePay boleh menikmati 12% pulangan tunai syiling apabila mereka melakukan pembayaran minimum RM25 luar talian dengan ShopeePay di kedai-kedai seperti Ninjaz, Tiger Sugar, GSC, Hometown Hainan Coffee, Ninso, dan banyak lagi.
ShopeePay juga menawarkan pulangan tunai 100% bagi baucar 1 Sen ShopeePay. Baucar-baucar ini boleh didapati pada ikon ShopeePay Near Me di dalam aplikasi Shopee.
Pulangan tunai 100% ini akan berlangsung buat masa terhad dari jam 12 pagi sehingga 2 pagi dan dari 12 tengah hari sehingga 2 petang pada 1 Mac 2022. Jenama-jenama yang mengambil bahagian termasuklah; CU Malaysia, Sangkaya, Black Whale, Lotus’s, MR. DIY, Econsave, Guardian, KK Mart, FamilyMart, myNEWS, Eco-Shop, MR Dollar, Hero Market, Dao Desserts, A&W, dan Dunkin Donuts.
Selain tawaran pulangan tunai, ShopeePay juga menawarkan ganjaran sehingga 39,393 syiling Shopee kepada pengguna apabila mereka membuat tambah nilai minimum RM30 ke dalam e-dompet pada 1 Mac 2022.
Tambahan, sepanjang tempoh ini, ShopeePay juga bakal memberikan potongan 50% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM5 bagi pengguna telekomunikasi untuk baucar tambah nilai dan potongan 20% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM4 bagi setiap pembayaran bil menggunakan ShopeePay.
Berita baik bagi penggemar makanan, anda juga kini boleh menikmati tawaran istimewa ShopeeFood yang kini beroperasi di Johor Bahru. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Promosi Super sehingga potongan 50% ketika melakukan pesanan.
Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay Day 1 Mac, layari, https://shopee.com.my/m/shopeepayday.