Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic4 Series akan dilancarkan di MWC pada 28 Februari ini – guna Snapdragon 8 Gen 1


Mobile World Congress 2022 akan berlangsung di Barcelona pada 28 Februari hingga 3 Mac ini dan Honor telah mengesahkan bahawa pelancaran global Honor Magic4 Series akan diadakan.

Lebih istimewa, Honor Magic4 Series akan dilancarkan di peringkat global terlebih dahulu dan bukanya di China seperti Honor Magic3 Series.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai Honor Magic4 Series ini diketahui namun salah satu daripada telefon pintar ini dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Selain itu, Honor Magic4 Series juga membawakan sokongan pengecasan pantas 66W.

Honor Magic4 Series akan dilancarkan pada 28 Februari ini dan majlis pelancaran ini akan berlangsung pada jam 8 malam waktu Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila mengikuti laman Facebook HONOR Malaysia.

Pandangan Pertama Honor Magic V – Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.