Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab A8 kini di Malaysia pada harga RM 999 sahaja


Samsung secara rasminya telah mula menawarkan tablet Samsung Galaxy Tab A8 di Malaysia pada harga RM 999 sahaja.

Samsung Galaxy Tab A8 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.5-inci dengan resolusi HD+ dan terdapat juga 4 pembesar suara Dolby Atmos.

Bercakap mengenai prestasi, Galaxy Tab A8 ini menawarkan 10% peningkatan prestasi CPU dan GPU namun Samsung tidak mendedahkan jenis cipset yang digunakan. Ianya dikatakan sebagai cip Unisoc Tiger T618. Antaramuka yang digunakan adalah One UI 3.1.1 yang berasaskan Android 11.

Tablet ini juga disertakan dengan 3Gb RAM dan storan dalaman sehingga 32GB namun terdapat juga slot microSD yang menyokong sehingga 1TB tambahan memori.

Ke bahagian kamera, Samsung Galaxy Tab A8 ini mempunyai kamera utama 8MP dan kamera selfie 5MP.

Tablet Samsung ini akan dilengkapi bateri 7,040mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W namun hanya adapter 7.5W disertakan dalam kotak.

Samsung Galaxy Tab A8 kini ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu Pink Gold dan Dark Gray pada harga RM 999 sahaja (versi Wi-Fi) dan bagi pembelian sebelum 28 Februari 2022, anda akan menerima Clear Edge cover  bernilai RM 99 dan pelan liputan Samsung Care+ bernilai RM110 secara percuma.

Dapatkan Samsung Galaxy Tab A8 di Samsung Online Store atau Samsung Experience Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.