Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ShopeeFood kini mula beroperasi di Johor Bahru


Selepas pelancaran di Lembah Klang pada 2021, ShopeeFood Malaysia kini telah memperluaskan perkhidmatannya ke Johor Bahru.

Pengguna Shopee kini boleh mula memesan makanan menerusi ShopeeFood pada aplikasi Shopee mulai 24 Februari dan penghantara akan meliputi kawasan utama di Johor seperti Johor Bahru, Tampoi dan Setia Tropika.

Perkhidmatan baharu ini akan menampilkan pelbagai jenama makanan antarabangsa dan tempatan yang terdapat di Johor Bahru. Ini termasuklah Mcdonald’s, Shake Shake, Old Town White Coffee, ZUS Coffee, Johnnys, Kenny Rogers Roasters, Oven & Fried Chicken, Soon Cafe, Banafee Village, Gatao Fried Chicken dan Anmour Cafe.

Bersempena dengan pelancaran ini, mulai hari ini sehingga 28 Februari, ShopeeFood akan menawarkan penghantaran percuma dan diskaun sehingga 40% untuk makanan dan minuman dengan perbelanjaan minimum RM5 apabila pembayaran dilakukan ShopeePay.

Selain itu dari 24 sehingga 28 Februari, pengguna ShopeeFood di Johor juga boleh menyertai peraduan eksklusif Order & Win dengan perbelanjaan minimum RM20 untuk pesanan makanan, pengguna berpeluang untuk memenangi produk eksklusif KitchenAid dan baucar ShopeeFood bernilai sehingga RM8,000.

ShopeeFood turut memberikan tawaran istimewa selama dua hari kepada pengguna di Johor pada 24 dan 25 Februari dengan potongan 30% untuk barangan terpilih daripada peniaga seperti ZUS Coffee, Shake Shake dan Kenny Rogers.

Dari 26 hingga 28 Februari, ShopeeFood juga menawarkan diskaun 60% baucar masa terhad pada jam 3 petang dengan perbelanjaan minimum RM15 untuk makanan dan minuman.

Untuk maklumat lanjut tentang ShopeeFood, layari https://shopee.com.my/m/shopeefood-jb

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.