BMW X3 & BMW X4 dengan pemasangan tempatan kini di tawarkan
BMW Malaysia hari ini telah memperkenalkan BMW X3 dalam tiga varian baharu, bersama dengan variant terbaharu BMW X4 yang dipasang di dalam negara.
BMW X3 sDrive20i M Sport, BMW X3 xDrive30i M Sport dan BMW X3 xDrive30e M Sport bersama BMW X4 xDrive30i M Sport buat julung kali diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, sekali gus memaksimumkan kemampuan kuasa dan elektrifikasi jentera Sports Activity Vehicle bersaiz sederhana dari keluarga BMW X.
Dinamakan sebagai dua model yang paling popular di dunia, varian-varian baharu BMW X3 dan BMW X4 bakal menaikkan tanda aras dalam segmen SAV premium dengan reka bentuk sporty miliknya yang penuh sofistikasi, banyak ciri-ciri dan perwatakan pemanduan yang terkin
Meskipun dimensi varian-varian baharu yang dipasang di Malaysia ini masih sama, BMW X3 baharu kini akan menampilkan roda aloi yang diubah suai dengan saiz sehingga 20 inci, termasuk lampu belakang LED penuh dengan kontur tiga dimensi di sekelilingnya, di samping paip ekzos yang lebih besar. BMW X4 baharu pula mengekalkan garis bumbung persis coupe dan akan dilengkapi dengan komponen pemantul berkedudukan vertikal serta bampar belakang dengan sisipan baharu.
Aneka rangkaian kuasa yang komprehensif.
BMW X3 baharu akan hadir dalam dua varian petrol – sDrive20i dan xDrive30i, di samping varian berelektrik, xDrive30e.
Masih menguasakan BMW X3 sDrive20i dan BMW X3 xDrive30i baharu ialah enjin petrol TwinPower Turbo empat silinder yang mampu menjana output maksimum berjumlah 184 kk dan puncak tork bernilai 300 Nm bagi sDrive20i, dan 252 kk dengan puncak tork bernilai 350 Nm bagi xDrive30i.
BMW X3 sDrive20i berupaya untuk membuat pecutan ke 100km/j dalam masa 8.2 saat, dan merekodkan kelajuan tertinggi mencecah 215 km/j, manakala BMW X3 xDrive30i mampu memecut dari 0-100 km dalam masa 6.3 saat pada kelajuan tertinggi mencecah 240 km/j.
Transmisi dibekalkan kepada BMW X3 sDrive20i dalam bentuk Automatic Steptronic 8 kelajuan dengan Fungsi Pengekalan Automatik, manakala BMW X3 xDrive30i dilengkapi dengan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan.
Sebagai alternatif, BMW X3 xDrive30i baharu menggandingkan jarak operasi enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan motor elektrik berkuasa tinggi dan bateri yang mempunyai kapasiti kasar berjumlah 12 kWj untuk membekalkan jarak operasi sejauh 50 kilometer (WLTP) dalam mod elektrik sahaja – menjanjikan pengalaman pemanduan sporty yang tiada bandingannya dengan output emisi yang lebih rendah.
Ruang interior BMW X3 dan BMW X4 telah dioptimumkan untuk memuatkan Paparan Kawalan 10.25 inci dengan fungsi sentuh, elemen bersadur zink dalam lohong udaranya, serta elemen kawalan baharu di bawah skrin paparan yang terletak di konsol sentral.
BMW Live Cockpit Plus dengan teknologi panel hitam, dail bulat analog dan paparan 5.1 inci di kluster instrumen menyempurnakan ruang kabin BMW X3 sDrive20i, manakala varian-varian yang lain dipadankan dengan BMW Live Cockpit Professional sebagai standard. Kesemua varian BMW X3 dan BMW X4 yang baharu diperkasakan oleh Sistem Operasi BMW 7, Pembantu Peribadi Pintar BMW dan pelbagai pakej BMW Connected sebagai opsyen tambahan.
Kesemua varian BMW X3 akan didatangkan dalam aneka kombinasi warna interior dan eksterior, ia meliputi tawaran eksterior Alpine White, Brooklyn Grey, Phytonic Blue atau Carbon Black – yang kesemuanya dipadankan dengan Leather Vernasca Black dengan sulaman biru di dalam. Para pemilik juga boleh memilih interior Leather Vernasca Mokka dengan tawaran eksterior Alpine White dan Carbon Black.
BMW X4 pula akan disediakan dalam Alpine White, Piemont Red, Phytonic Blue dan Carbon Black – kesemuanya juga disinambungkan dengan Leather Vernasca Black dengan sulaman berkontras. Sebagai alternatif, pemilik juga boleh memilih Leather Vernasca Tacora Red dengan tawaran eksterior Alpine White dan Carbon Black.
Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.
Pemilik varian-varian BMW X3 dan BMW X4 yang baharu juga dapat merasai Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
• Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’- BMW Privileges Card
• Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan bagi varian-varian BMW X3 dan BMW X4 yang baharu dengan BMW Service and Repair Inclusive, tanpa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:
BMW X3 sDrive20i M Sport Baharu RM 315,800.00
BMW X3 xDrive30i M Sport Baharu RM 358,800.00
BMW X3 xDrive30e M Sport Baharu RM 356,800.00
BMW X4 xDrive30i M Sport Baharu RM 398,800.00
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bmw.com.my.