Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

BMW M8 Coupe, M8 Gran Coupe, X4 M Competition dan X3 M Competition kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 886K hingga RM 1.45 juta

BMW M8 Coupe Malaysia
BMW Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan 4 model kereta terbaru mereka didalam keluarga M iaitu BMW M8 Coupé, BMW M8 Gran Coupé selain dua model SUV BMW X3 M Competition dan BMW X4 M Competition.

BMW M8 Coupe Malaysia

Bercakap mengenai BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé, ianya menggunakan enjin S63 4.4 litre twin-turbocharged V8 yang sama seperti pada BMW M5 yang menawarkan 600hp dan 750nm.

Dari segi pretasi, kedua-dua kereta M8 ini mampu mencapai kelajuan 0-100KM/j didalam masa 3.3 saat sahaja manakala kelajuan maksima yang dihadkan adalah 250KM/j namun terdapat pakej tambahan M Driver yang membolehkan kelajuan maksima mencecah 305KM/j

BMW M8 Coupe, M8 Gran Coupe, X4 M Competition dan X3 M Competition kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 886K hingga RM 1.45 juta 13
BMW M8 Gran Coupé

Warna & Harga Penjualan

BMW M8 Coupé dan M8 Gran Coupé ditawarkan didalam cat luaran yang mempunyai nama Alpine White, Brands Hatch Grey, Marina Bay Blue, Motegi Red, Black Sapphire, Donington Grey dan Barcelona Blue manakala pada bahagian dalaman, anda boleh memilih untuk kemasan kulit Merino didalam warna Hitam atau Putih (Silverstone).

BMW M8 Coupe, M8 Gran Coupe, X4 M Competition dan X3 M Competition kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 886K hingga RM 1.45 juta 14

Selain itu, BMW M8 Coupé juga ditawarkan didalam warna eksklusif yang memerlukan anda membayar tambahan RM 30,000.

Berikut adalah harga penjualan BMW M8 Coupé dan BMW M8 Grand Coupé di Malaysia (tanpa SST dan Insuran).

BMW M8 Coupé : RM 1,452,960.88

BMW M8 Gran Coupé : RM 1,455,145.25

BMW X4 M Competition

Beralih kepada BMW X3 M Competition dan BMW X4 M Competition, ianya ditawarkan di Malaysia dengan enjin S58 3.0 litre twin-turbocharged yang berupaya menghasilkan 519hp dan 600nm.

BMW M8 Coupe, M8 Gran Coupe, X4 M Competition dan X3 M Competition kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 886K hingga RM 1.45 juta 15

Bercakap memgenai prestasi, BMW X3 M Competition dan BMW X4 M Competition berupaya mencapai kelajuan 0-100KM/h didalam masa 4.1 saat dengan kelajuan maksikma adalah 250KM/h manakala pengunaan minyak adalah sekitar 10.6 liter/100KM

BMW M8 Coupe, M8 Gran Coupe, X4 M Competition dan X3 M Competition kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 886K hingga RM 1.45 juta 16

Harga penjualan BMW X4 M Competition dan BMW X3 M Competition adalah seperti berikut :

BMW X4 M Competition : RM 904,276.60

BMW X3 M Competition : RM 886,551.58

Maklumat lanjut mengenai kereta terbaru BMW M ini boleh anda ketahui di SINI

BMW M8 Coupe, M8 Gran Coupe, X4 M Competition dan X3 M Competition kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 886K hingga RM 1.45 juta 17BMW M8 Coupe, M8 Gran Coupe, X4 M Competition dan X3 M Competition kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 886K hingga RM 1.45 juta 18BMW M8 Coupe, M8 Gran Coupe, X4 M Competition dan X3 M Competition kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 886K hingga RM 1.45 juta 19

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.