Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

BMW Group Financial Services Malaysia Sumbang Dana kepada Program Bantuan Makanan dengan Pemeteraian Setiap Kontrak Kenderaan Elektrik


BMW Group Financial Services Malaysia
telah memulakan inisiatif baharu untuk mengumpul dana bagi membantu Refuge for the Refugees dan Empire Project, iaitu dua pertubuhan tempatan yang giat menyalurkan bantuan makanan kepada warga komuniti yang tersisih dan yang kurang bernasib baik di Malaysia di kala wabak COVID-19.

Pertubuhan-pertubuhan ini turut disokongoleh BMW Group Malaysia dari segi keperluan logistik dan bantuan penghantaran.

Danielle Maassen, Ketua Unit Jualan & Pemasaran BMW Group Financial Services Malaysia berkongsi, “Ketika detik yang mencabar ini, kita haruslah berpadu tenaga untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan pertolongan kita.

Meskipun kita sedang beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara yang seterusnya, BMW Malaysia ingin melanjutkan sokongan kepada organisasi-organisasi bukan bermotifkan untung ini yang sedang membanting tulang agar tiada keluarga atau insan kurang bernasib baik yang terpaksa berkelaparan

Inisiatif ini sekali lagi akan menyalurkan sumbangan bernilai RM100 bagi pihak pelanggan BMW dan MINI, iaitu menerusi setiap kontrak yang dibiayai bagi model-model berikut*: BMW 330e, BMW 530e, BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive45e, MINI Cooper SE serta MINI Cooper SE Countryman.

Kesemua kontrak yang dibiayai dari 1 September hingga 31 Disember2021 bagi model-model yang dinyatakan tadi layak menyertai inisiatif ini.

Sumbangan tersebut akan memberi dukungan kepada program bantuan makanan oleh Refuge for the Refugees yang mensasarkan lebih daripada 700 buah keluarga dalam kategoriB40, termasuk komuniti migran dan pelarian pada setiapminggu, di samping pelbagai bantuan makanan dan barangankeperluan yang dibekalkan oleh Empire Project ketika pandemikuntuk golongan masyarakat yang tersisih di seluruh negara.

Terokai BMW Engage di https://www.bmwfs.my/, dan maklumat lanjut mengenai Refuge for the Refugees boleh didapati di https://rftr.super.site/ serta https://www.instagram.com/refugefortherefugees/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.