Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K50 Gaming Edition akan dilancarkan pada 16 Februari – ada versi Mercedes AMG Petronas


Redmi secara rasminya telah mengesahkan pelancaran Redmi K50 Gaming Edition pada 16 Februari ini dan syarikat ini telah berkongsi beberapa maklumat spesifikasi mengenai telefon pintar khas gaming ini.

Pertama, sebagai sebuah telefon pintar gaming, realme memfokuskan kepada teknologi penyejukan dan ianya disahkan akan hadir dengan 4,860 meter persegi ruang wap untuk pelesapan haba 40% lebih baik.

Kedua, Redmi K50 Gaming Edition juga akan dengan skrin paparan OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 480Hz. Paparan ini juga dilindungi dengan lapisan gelas keselamatan Gorilla Glass Victus dan telah mendapat pensijilan A+ daripada Display Mate.

Selain itu, Redmi K50 Gaming Edition juga telah disahkan akan memiliki sensor utama 64MP Sony IMX686 bersama dua lagi sensor lain. Kamera selfie adalah 20MP.

Redmi K50 Gaming Edition akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Silver dan Blue namun terdapat juga satu edisi khas yang dilancarkan dengan pasukan F1 Mercedes AMG Petronas.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.