Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V23e 5G Mirage Gold kini di Malaysia pada harga RM 1,599 – percuma gift box Valentine’s L’Oréal Paris


Vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan  vivo V23e 5G didalam warna Mirage Gold dan ianya juga didatangkan bersama gift box Valentine’s L’Oréal Paris pada harga RM 1,599.

vivo V23e 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.44-inci dan ianya ini juga dilengkapi sensor capjari dalam skrin, pemproses MediaTek Dimensity 810, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.


Selain itu, vivo V23e 5G hadir dengan sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor 44MP.

Beralih kepada bateri, vivo V23e 5G mempunyai bateri berkapasiti 4,050mAh dan ianya juga disertakan dengan pengecasan pantas 44W.

Selain Mirage Gold, vivo V23e 5G juga ditawarkan didalam dua warna lain iaitu Sunshine Coast dan Moonlight Shadow.

Vivo V23e 5G Mirage Gold akan ditawarkan  mulai 12 Februari hingga 28 Februari 2022 pada harga RM1,599 di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, kedai atas talian rasmi vivo Malaysia, dan kedai rasmi vivo di Shopee dan Lazada.

Pelanggan yang membuat pembelian dari 12 hingga 20 Februari 2022 akan menerima hadiah percuma bernilai RM528, termasuk edisi terhad vivo x gift box Valentine’s L’Oréal Paris, perlindungan skrin 1 tahun dan jaminan lanjutan 1 tahun.

Sementara itu, bagi pembelian vivo V23e 5G dari 21 Februari hingga 28 Februari 2022, anda akan menerima dengan perlindungan skrin 1 tahun dan jaminan lanjutan 1 tahun, bernilai RM399.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.