Nokia G21 kini rasmi dengan skrin paparan 90Hz dan bateri 5,000mAh
HMD Global secara rasminya telah melancarkan Nokia G21 dan ianya merupakan sebuah telefon kelas midrange dengan cipset daripada Unisoc.
Nokia G21 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD+ namun mempunyai kadar segar semula 90Hz dan panel skrin ini juga menyokong mod kadar segar semula adaptive.
Nokia G21 hadir dengan cip pemprosesan 12nm Unisoc T606 yang mempunyai dua teras Cortex-A75 dan 6 teras A55. GPU yang dimiliki cipset ini adalah Mali G57 MP1.
Pemproses ini juga dipadankan dengan 4GB RAM dan terdapat dua storan dalaman yang ditawarkan iaitu 64GB atau 128GB dan storan ini juga boleh ditambah dengan slot microSD.
Beralih kepada kamera, Nokia G21 memiliki sensor utama 50MP yang dipadankan dengan 2 sensor 2MP iaitu satu sensor depth dan satu sensor makro. Kamera ini juga menyokong mod Super Resolution dan fotografi malam.
Dalam pada itu, Nokia G21 memiliki bateri berkapasiti 5,050mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 18W namun hanya adapter 10W disertakan didalam kotak.
Noki G21 hadir dengan sistem operasi Android 11 namun ianya dijangka akan menerima Android 12 didalam masa terdekat dan terdapat sensor capjari pada bahagian sisi.
Nokia G21 akan ditawarkan pada harga €170 (sekitar RM 808) dan ianya mempunyai dua pilihan warna iaitu Nordic Blue dan Dusk.