Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno7 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Februari ini


Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo Reno7 Series akan dilancarkan pada 22 Februari ini.

Oppo telah memuatnaik beberapa video promosi yang menampilkan duta Oppo iaitu Hannah Delisha, Phei Yong, Hanxiiaoaii dan banyak lagi yang telah mencuba sendiri pelbagai ciri fotografi Oppo Reno7 Series.

Oppo Reno7 Series akan terdiri daripada dua model iaitu Oppo Reno7 dan Oppo Reno7 Pro yang mana kedua-dua model ini akan menyokong 5G.

Seperti generasi Oppo Reno Series yang sebelum ini, Oppo Reno7 Series juga akan membawakan teknologi fotografi yang baik dengan fokus kepada potrait.

Selain Oppo Reno7 Series, Oppo juga akan memperkenalkan Oppo Enco Air2 dan Oppo Watch Free di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.