Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony dedahkan kekurangan stok PlayStation 5 sehingga pertengahan tahun 2022


Sony telah menerbitkan laporan kewangan bagi tiga bulan terakhir 2021 dan paling mencuri tumpuan adalah statistik mengenai penjualan konsol permainan terbaru syarikat ini iaitu PlayStation 5 yang telah berada di pasaran melebihi satu tahun.

Sony mendedahkan bahawa sebanyak 3.9 juta unit konsol PlayStation 5 telah dijual yang mana jumlah ini adalah lebih rendah berbanding musim percutian tahun 2020 dan lebih rendah berbanding jumlah yang diramalkan.

Hiroki Totoki, CFO di Sony mendedahkan bahawa permintaan bagi PlayStation 5 masih tinggi namun pembekal tidak dapat memenuhi permintaan ini kerana kekurangan bekalan komponen dan cip yang masih berterusan.

Selain itu, Sony juga berkata bahawa masalah ini akan berterusan pada 6 bulan pertama tahun 2022 yang bermaksud PlayStation 5 akan sukar untuk didapati dan syarikat ini juga telah mengurangkan ramalan jualan dari 14.8 juta unit kepada 11.5 juta unit sahaja (bagi tahun fiskal April 2021 – March 2022).

Dalam pada itu, Sony juga dilaporkan mengeluarkan dan menjual PlayStation 5 dengan kerugian namun mengimbangi kerugian ini dengan jualan permainan video dan hiburan lain yang mencatatkan 12% peningkatan keuntungan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.