Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 15.4 akan tawar ciri guna Face ID walaupun memakai pelitup muka


Apple telah mula menawarkan kemaskini beta iOS 15.4 dan didalam kemaskini ini terdapat ciri yang membolehkan Face ID digunakan walaupun pengguna memakai pelitup muka dan tiada Apple Watch untuk pengesahan.

Apple mendakwa ciri akan mengesahkan bahawa ianya dibuka oleh pemilik iPhone tersebut dengan mengesan ciri-ciri unik pada bahagian mata namun untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna perlu mengimbas semula wajah pada bahagian tetapan Face ID. Selepas itu, Face ID boleh membuka iPhone anda walaupun anda memakai pelitup muka.

Selain itu, pada bahagian tetapan juga akan terdapat pilihan “Use Face ID with a Mask” yang boleh di aktifkan atau dinyahaktifkan dan terdapat juga ciri “Add Glasses” yang akan memastikan Face ID lebih tepat apabila pelitup muka dan kaca mata dipakai serentak.

Walaubagaimanapun, Apple masih memberikan amaran bahawa potensi sebenar ciri keselamatan Face ID yang digunapakai apabila keseluruhan wajah dapat dibaca.

Selain itu, ciri Face ID dengan pelitup muka juga boleh digunakan untuk semua aplikasi yang menyokong Face ID.

Walaubagaimanapun, ciri ini mungkin hanya terhad kepada pengguna Apple iPhone 12 dan iPhone 13 Series sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.