Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Malaysia tawar diskaun RM 200 bagi pembelian Galaxy S22 Series jika daftar minat

Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran Samsung Galaxy Unpacked 2022 akan berlangsung pada 9 Februari ini dan anda pasti tahu bahawa ianya merujuk kepada pelancaran Samsung Galaxy S22 Series.

Sehubungan dengan itu, Samsung Malaysia juga telah membuka pendaftaran minat bagi yang ingin mengetahui maklumat terkini mengenai Samsung Galaxy S22 Series dan sebagai ganjaran anda juga akan menerima ebaucar Samsung bernilai RM 200 yang boleh digunakan ketika membuat pra-tempahan.

Berikut merupakan dua langkah mudah untuk anda mendapatkan ebaucar Samsung ini :

  1. Layari www.samsung.com/my/unpacked/
  2. Masukkan maklumat yang diminta dan tekan “Register Now”
  3. Selesai

Majlis pelancaran Samsung Unpacked 2022 akan berlangsung pada 9 Februari pada jam 11 malam waktu Malaysia di www.samsung.com/my,YouTube Samsung Malaysia ,Facebook Samsung Malaysia dan https://news.samsung.com/my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.