Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 11 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Februari ini

Selepas pelancaran global malam tadi, Xiaomi kini telah mengesahkan bahawa Redmi Note 11 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Februari ini.

Walaupun masih belum ada pengesahan rasmi, Xiaomi dijangka akan menawarkan keempat-empat model Redmi Note 11 Series yang dilancarkan iaitu Redmi Note 11, Redmi Note 11S, Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro.

Majlis pelancaran Redmi Note 11 Series akan berlangsung pada 10 Februari dan siaran langsung pelancaran ini boleh disaksikan di Facebook Xiaomi Malaysia bermula jam 2 petang.

Xiaomi Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro kini rasmi dengan beberapa spesifikasi setaraf flagship

Xiaomi Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S kini rasmi untuk pasaran global

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.