Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro+ disahkan akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 920 5G


Selepas pelancaran realme 9i baru-baru ini, realme telah mula memperkatakan tentang beberapa lagi model didalam realme Number Series yang telah mencapai angka jualan 40 juta unit setakat ini.

Model yang kami maksudkan adalah realme 9 Pro+ yang merupakan model “Plus” pertama didalam realme Number Series.

Selain itu, realme 9 Pro+ juga telah disahkan akan hadir dengan cip 6nm MediaTek Dimensity 920 5G dan ianya akan menjadi telefon pintar pertama di dunia untuk menggunakan cipset ini.

Cip ini dikatakan akan menawarkan 9% pretasi gaming yang lebih baik berbanding Dimensity 900.

Selain realme 9 Pro+, realme juga akan melancarkan realme 9 Pro yang mungkin akan hadir dengan cip Snapdragon 695.

Buat masa ini realme belum mendedahkan bila realme 9 Pro dan realme 9 Pro+ akan dilancarkan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.