Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S kini rasmi untuk pasaran global

Xiaomi Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S kini rasmi untuk pasaran global 7
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 11 Series dan ianya terdiri daripada 4 model iaitu Redmi Note 11, Redmi Note 11S, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G.

Xiaomi Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro kini rasmi dengan beberapa spesifikasi setaraf flagship

Didalam artikel ini kita akan memfokuskan kepada Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S yang tampil dengan skrin 90Hz FHD+ AMOLED DotDisplay berukuran 6.43-inci.

Redmi Note 11 hadir dengan cip Snapdragon 680 yang dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Redmi Note 11S pula tampil dengan cip MediaTek Helio G96.

Selain itu, Redmi Note 11 tampil dengan sensor utama 50MP manakala Redmi Note 11S pula memiliki sensor utama 108MP.  Kedua-dua telefon pintar ini juga memiliki sensor ultra-wide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie Redmi Note 11 adalah 13MP manakala Redmi Note 11S memiliki kamera selfie 16MP.

Xiaomi Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S kini rasmi untuk pasaran global 8

Beralih kepada bateri, Redmi Note 11 memiliki berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W Pro yang mampu memberikan pengecasan penuh didalam masa 60 minit sahaja.

Lain-lain ciri yang dimilik Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S adalah dwi-speaker, sensor capjari di bahagian sisi, IR blaster, NFC, bicu audio 3.5mm dan sokongan dwi-SIM + microSD.

Xiaomi Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S kini rasmi untuk pasaran global 9
Redmi Note 11
Xiaomi Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S kini rasmi untuk pasaran global 10
Redmi Note 11S

Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Graphite Gray, Twilight Blue dan Star Blue.

Xiaomi Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S kini rasmi untuk pasaran global 11

Selain itu, pihak Xiaomi Malaysia juga telah mengesahkan bahawa ianya akan dilancarkan di Malaysia didalam masa terdekat.

MIUI 13 kini rasmi – berikut adalah senarai model yang dapat pada suku pertama

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.