Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Vivobook 13 Slate kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,499

Asus Vivobook 13 Slate kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,499 5
Asus secara rasminya telah memperkenalkan komputer riba Asus Vivobook 13 Slate OLED untuk pasaran Malaysia dan ianya kini ditawarkan pada harga RM 3,499.

Asus Vivobook 13 Slate OLED merupakan komputer riba pertama Windows dengan kebolehan menanggalkan skrin yang menjadikanya sebuah peranti ideal untuk hiburan dan produktiviti.

Asus Vivobook 13 Slate kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,499 6

Asus Vivobook 13 Slate OLED hadir dengan skrin sesentuh OLED Dolby Vision PANTONE  berukuran 13.3-inci yang berkebolehan memaparkan 1.07 bilion warna. Ianya mempunyai resolusi FHD+ dengan kecerahan skrin 550nits.

Skrin paparan ini juga menyokong input ASUS Pen 2.0 yang menawarkan 4096-tahap sensitiviti tekanan dan 4 bucu stylus yang boleh ditukar untuk menyerupai tulisan dari pensil 2H, H, HB dan HB.

Dari segi pemproses, Asus Vivobook 13 Slate hadir dengan cipset Quad-core Intel Pentium Silver N6000 berkelajuan sehingga 3.3 GHz, grafik Intel UHD,  8 GB RAM LPDDR4x, storan SSD 256 GB PCIe Gen 3.0 x4 dan Windows 11 Home.

Walaupun mempunyai reka bentuk yang kompak, Asus Vivobook 13 Slate mempunyai dua port USB-C 3.2, bicu-audio 3.5mm dan kad microSD. Komputer riba ini juga menyokong WiFi 6 (802.11 ax) dengan ASUS WiFi Master dan Bluetooth 5.2.

Vivobook 13 Slate OLED juga mempunyai dua unit kamera iaitu satu kamera hadapan 5MP yang mempunyai sokongan AI Noise-Canceling Audio ketika panggilan video dan kamera 13MP dibelakang untuk fotografi dan video.

Akhir sekali, Vivobook 13 Slate OLED memiliki bateri berkapasiti 50 Whr dengan USB-C Easy Charge yang bermaksud ianya boleh dicaj menggunakan Powerbank atau apa sahaja adapter USB-C. Pengecasan 0-60% mengambil masa 39 minit jika menggunakan adapter yang disertakan.

Asus Vivobook 13 Slate OLED kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,499 dan setiap pembelian akan juga menerima papan kekunci , ASUS Pen 2.0 dan Sleeve & Stand, pin tambah nilai Touch n’ Go eWallet RM 200 dan tetikus ASUS WT245 bernilai RM 69.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.