Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nikmati diskaun bernilai RM 300 bagi pembelian HONOR MagicBook X 15

Nikmati diskaun bernilai RM 300 bagi pembelian HONOR MagicBook X 15 5
HONOR Malaysia telah mengumumkan promosi sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan diadakan di platform dalam talian di HONOR Lazada Flagship Store dan HONOR Shoppe Official Store mulai dari 18 Januari hingga 25 Januari 2022 dengan menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM5 juta!

Bakal mencuri perhatian sepanjang jualan tersebut adalah komputer riba HONOR MagicBook X 15, komputer riba kompak, berkuasa dan ideal untuk dimiliki pada tahun baru ini.

Kedua-dua versi i3 dan i5 Honor MagicBook X 15 ini akan tampil dengan harga selepas diskaun eksklusif sebanyak RM300 iaitu RM1,999 dan RM2,599.

Jualan Online Sambutan Tahun Baru Cina HONOR

HONOR MagicBook X 15 – Kompak dan Berkuasa, Premium Ringan dan Paparan Keselesaan Mata

HONOR MagicBook X 15 hadir dengan Paparan FullView HONOR Keselesaan Mata 15.6 inci, bingkai 4.8mm ultra-nipis di tiga sisinya dan nisbah skin ke badan 84% yang memberi pengalaman menonton superior serta imej berkualiti tinggi.    

 HONOR MagicBook X 15 amat sesuai untuk golongan yang menghabiskan masa panjang di hadapan skrin.

Ianya juga komputer riba ideal untuk pelajar disebabkan harganya yang mampu milik.

Di samping itu, skrinnya diperakui Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan Bebas Berkelip TÜV Rheinland yang menjaga mata, pelajar tidak akan mengalami kelesuan mata semasa belajar, Sebagai komputer riba yang tahan lasak dan efisien, ianya harus menjadi milik anda pada jualan Sambutan Tahun Baru Cina ini!

Selain Honor MagicBook X 15, Honor Malaysia juga menawarkan hadiah percuma tambahan bagi Honor 50, Honor 50 Lite, Honor MagicBook 15, Honor MagicBook Pro, Honor MagicBook 14 AMD dan Honor MagicBook 15 AMD.

Berikut adalah harga peranti terpilih Honor :

HONOR 50 –dari RM1,699

HONOR 50 Lite – RM999

HONOR MagicBook 15 AMD – RM2,699

HONOR MagicBook 14 AMD versi 8GB + 256GB – RM2,699

HONOR MagicBook 14 AMD versi 8GB + 512GB – RM2,999

Dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM5 juta, dapatkan produk Honor yang terpilih ini mulai sekarang hingga 15 Februari 2022 di HONOR eStore, Lazada, Shopee, Digi, Maxis, Senheng dan senQ, atau kunjungi Kedai HONOR

Nikmati diskaun bernilai RM 300 bagi pembelian HONOR MagicBook X 15 6

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.