Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X5 Series dijangka akan dilancarkan selepas pertengahan bulan Februari

Tipster Digital Chat Station telah mengesahkan bahawa Oppo telah menjadualkan majlis pelancaran Find X5 Series selepas pertengahan bulan Februari dan laporan ini menyusul selepas kami melaporkan pelancaran telefon pintar flagship ini akan berlangsung selepas Tahun Baru Cina.

Selain itu, laporan Digital Chat Station ini juga berkata bahawa produk lain Oppo juga akan dilancarkan bersama Find X5 Series dan ianya akan terdiri daripada tiga model iaitu Find X5 Pro, Find X5 dan Find X5 Lite.

Selain itu, ianya juga telah disahkan bahawa Oppo Find X5 akan hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 9000 dan Oppo Find X5 akan menjadi yang pertama untuk menggunakan cip ini.

Oppo juga akan memperkenalkan NPU tersendiri syarikat mereka iaitu MariSilicon X.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.