Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ciri pemindahan sejarah sembang WhatsApp antara iOS dan Android bakal ditawarkan


Aplikasi permesejan WhatsApp semakin hampir untuk menawarkan ciri pemindahan sejarah sembang dari peranti Android ke peranti iOS. Perkara ini telah didedahkan melalui kod yang dijumpai di versi beta aplikasi WhatsApp 22.2.74 untuk peranti iOS.

Walaubagaimanapun proses pemindahan mungkin tidak semudah yang disangka dan proses ini memerlukan kedua-dua peranti mempunyai aplikasi WhatsApp dan pemindahan sejarah chat ini mungkin hanya boleh dilakukan melalui kabel atau sambungan Wi-Fi khas.

Sebelum ini, satu-satunya cara pemindahan rasmi antara peranti iOS dan Android adalah melalui peranti Samsung sahaja dan ianya hanya menyokong pemindahan sehala antara iPhone ke Samsung melalui kabel dan aplikasi SmartSwitch.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.