ShopeeFood Day akan berlangsung pada 12-14 Januari ini – diskaun sehingga 60%
Shopee Malaysia telah mengumumkan ShopeeFood Day yang akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut dimana pengguna akan diberi tawaran menarik seperti baucar, tawaran menarik, diskaun dan promosi istimewa apabila mereka membayar menggunakan ShopeePay.
ShopeeFood Day akan berlangsung dari 12 hingga 14 Januari 2022, selain penghantaran percuma sepanjang hari, pengguna juga boleh menikmati tawaran hebat sepanjang hari seperti diskaun sehingga 50% baucar dengan perbelanjaan minimum RM15 di kedai yang mengambil bahagian seperti Oldtown White Coffee, Juicy Fresh, Salad Atelier, Agrain, Daboba, Wings of New York, karipap HOMI, Gula Harimau, Mad Mex Fresh Mexican dan banyak lagi.
Dalam pada itu, anda juga boleh mendapatkan ganjaran tambahan melalui baucar terhad yang yang ditawar antara 3PM dan 5PM untuk menerima diskaun menarik sehingga 60% setiap hari apabila anda memesan dengan ShopeeFood.
Anda juga layak untuk bertanding memenangi hadiah menarik bernilai RM5,200 jika membelanjakan minimum RM20 di mana-mana kedai yang mengambil bahagian Super Deals. Pengguna bertuah akan membawa pulang peralatan KitchenAid eksklusif dan baucar ShopeeFood.
ShopeeFood bukan satu-satunya yang menawarkan beberapa tawaran hebat. Dari 11 Januari hingga 2 Februari, pengguna juga boleh mendapat tawaran hebat dengan Jualan CNY Shopee.
Pesta beli-belah menawarkan penghantaran percuma kepada rakyat Malaysia dengan perbelanjaan minimum RM8, diskaun 88% bonus baucar dan RM8,888 Ang Pow setiap hari pada pukul 8 malam melalui Kuiz Fortune Shopee apabila mereka melawat platform e-dagang.
maklumat lanjut mengenai ShopeeFood Day di SINI